Elemen Kreativiti dan Inovasi dalam Service As Action

Assalamualaikum WBT...Setelah blog ini menjadi salah satu bahan untuk tujuan dokumentasi dan sebaran maklumat tentang program-program Service As Action yang dijalankan di MRSM Balik Pulau, pihak admin akan meneruskan khidmat bakti blog ini tetapi ditambah lagi fungsi dan kegunaannya untuk tujuan dokumentasi MQS (MARA Quality System), serta program-program berkaitan kreativiti dan inovasi yang dilaksanakan di MRSM Balik Pulau.

Elemen Kreativiti dan Inovasi yang menjadi salah satu elemen penting untuk penilaian akan dijadikan tapak dan dokumentasi utama bagi blog ini sebagai rujukan pihak-pihak yang memerlukan pada masa akan datang. Aktiviti berkaitan inovasi dan kreativiti juga adalah sebahagian daripada Service As Action yang menjadi tunjang IB World School

Comments